mcmc
Galeri Foto

Reruai Kempen Internet Selamat (KIS) MCMC

Reruai Kempen Internet Selamat (KIS) MCMC berada di Parlimen bagi memacu usaha advokasi keselamatan Internet yang giat dijalankan di seluruh negara.

Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil, turut singgah memberi sokongan penuh sambil menyuarakan harapan agar KIS terus diperluas dan dipromosikan di setiap peringkat masyarakat.

Reruai KIS ini akan berada di Parlimen sehingga 14 Ogos, memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan maklumat, khidmat nasihat serta tip keselamatan internet secara interaktif.

#MCMC

#KempenInternetSelamat