MCMC Negeri Johor telah berkolaborasi dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor untuk Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Tahun 2024 Peringkat Negeri Johor pada 13 Jun 2024, Khamis di SMK Dato’ Onn Batu Pahat, Johor.
Antara pengisian program yang melibatkan inisiatif Klik Dengan Bijak dalam program tersebut adalah penyampaian Taklimat Klik Dengan Bijak berkaitan topik khusus iaitu ‘Cyber Grooming’ terhadap kanak-kanak, Pameran, dan sesi interaktif kuiz untuk mendidik dan memberi pendedahan tentang tingkah laku yang positif, waspada setiap individu serta tangungjawab semasa melayari Internet dan media sosial.
Perasmian Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, turut dihadiri En. Mohamad Rizal Ahmad, Pengarah MCMC Negeri Johor, penjawat awam, guru-guru, dan para pelajar seramai 700 orang.








