MCMC Negeri Selangor terus memainkan peranan aktif dalam memupuk kesedaran keselamatan siber dan membimbing generasi muda ke arah penggunaan Internet yang positif serta beretika dalam Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak (Pembimbing Rakan Sebaya – PRS) Peringkat Negeri Selangor Tahun 2025 yang berlangsung di Shah Alam, Selangor.
Program yang dirasmikan oleh YB Anfaal binti Saari, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Negeri Selangor ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kesedaran keselamatan digital dalam kalangan pelajar.
Melalui sesi bersama MCMC Negeri Selangor, peserta didedahkan dengan mesej utama Kempen Internet Selamat (KIS) yang menekankan kepentingan menggunakan Internet secara positif, beretika dan bertanggungjawab. Lebih 140 pelajar serta guru hadir menyertai sesi penuh interaktif ini yang sarat dengan perkongsian ilmu dan nilai berharga untuk diamalkan dalam dunia digital masa kini.




