mcmc
Laporan Aktiviti

Delegasi dari Republik Azerbaijan

Sepang | 30 Januari 2026 – Delegasi dari Republik Azerbaijan yang terdiri daripada wakil Embassy of the Republic of Azerbaijan, Ministry of Digital Development and Transport (MDDT) serta Azerbaijan Transport and Communication Holding (AZCON Holding) telah mengadakan lawatan ke NADI KOA Kelinsing, Sepang bagi melihat secara dekat pelaksanaan inisiatif NADI oleh MCMC.

Lawatan tersebut merangkumi sesi taklimat dan tinjauan tapak yang memberi gambaran menyeluruh mengenai peranan NADI dalam menyokong keterangkuman digital, pemerkasaan komuniti dan penyampaian perkhidmatan digital di peringkat akar umbi. Sesi ini turut membuka ruang pertukaran pandangan berkaitan pendekatan pembangunan digital yang dilaksanakan.

Lawatan ini membuka ruang untuk mengetengahkan NADI sebagai model pelaksanaan inisiatif digital berasaskan komuniti di perinkat antarabangsa.

#NADIMCMC#PerkhidmatanPintarNADI