Seramai 756 pelajar Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Kota Kinabalu menyertai Kempen Internet Selamat (KIS) anjuran Kementerian Komunikasi melalui MCMC bagi meningkatkan kesedaran keselamatan siber dan penggunaan internet secara beretika.
Program yang disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil ini turut memberi tumpuan kepada isu seperti penipuan dalam talian, buli siber, penyebaran maklumat palsu dan keselamatan data peribadi.
KIS terus diperluas ke seluruh Sabah dengan 434 institusi pendidikan telah menyertai kempen ini setakat Oktober 2025 selaras dengan usaha membentuk masyarakat digital yang celik teknologi, beretika dan selamat di ruang siber.








