Pada 9 Jun 2023, program Bengkel Literasi Digital telah dijalankan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Sungai Pinggan. Peserta yang terlibat adalah di kalangan pelajar lepasan SPM 2022 dan sedang dalam persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi. Dalam program ini, En. Mohd Adha Shah bin Mohd Basir selaku trainer dan fasilitator program kongsikan mengenai integrasi teknologi untuk melaksanakan tugasan akademik serta aplikasi lain bagi memudahkan pengajian di institusi pengajian tinggi. Antara integrasi aplikasi yang dikongsikan adalah Canva, Power Point, Google Form, Google Spreadsheet dan Quillbot. Semoga perkongsian tersebut memberi manfaat kepada peserta.
